Search This Blog

Saturday, August 8, 2015

Penganggur ditahan bersama pistol tiruan


08 Ogos 2015 12:09 AM

PULAU PINANG 7 Ogos – Tindakan seorang penganggur meninggalkan motosikal di tepi tebing berhampiran sebuah pangsapuri di Paya Terubong, Air Hitam, di sini untuk meloloskan diri daripada ditahan anggota polis petang semalam, hanya sia-sia apabila dia akhirnya diberkas.
Difahamkan, dalam kejadian pukul 5 petang itu, lelaki terbabit pada mulanya cuba ditahan anggota polis ketika berada di tempat letak motosikal pangsapuri tersebut tetapi dia dapat melarikan diri dengan memecut motosikalnya.
Lelaki berusia 33 tahun itu kemudian meninggalkan motosikalnya di tepi tebing berkenaan sebelum berjaya ditahan anggota polis yang mengejarnya.
Penahanan lelaki yang berasal dari Air Hitam itu berjaya membongkar kegiatan jenayah yang dilakukannya selama ini melibatkan kes dadah dan samun.
Pemeriksaan lanjut ke atas badan lelaki terbabit juga membawa kepada penemuan beberapa senjata termasuk sepucuk pistol tiruan bersama kelopak peluru, sebilah pisau panjang, sebilah pisau pemotong kertas dan batang besi.
Selain itu, polis juga menemukan empat peket plastik lutsinar kecil mengandungi ketulan kecil berwarna putih, satu paket plastik lutsinar kecil mengandungi 10 biji pil berwarna putih dan satu plastik lutsinar kecil berisi 10 biji pil berwarna biru yang kesemuanya disyaki dadah.
Ekoran penahanan itu, polis turut merampas motosikal Honda Ex5 yang dinaiki lelaki terbabit selepas didapati mempunyai padanan dengan sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Sungai Dua, Glugor, di sini baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Kita akan dapatkan reman terhadap lelaki yang tingkap itu bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 36 (1), Akta Senjata 1960, Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 erta Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1954,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penganggur-ditahan-bersama-pistol-tiruan-1.121663#sthash.EHXHeXGM.dpuf

No comments:

Post a Comment