Search This Blog

Tuesday, August 25, 2015

Operasi tujuh jam potong cincin



ANGGOTA bomba berusaha memotong dan menanggalkan cincin yang tersangkut pada jari manis seorang warga emas di Hospital Kajang semalam. Gambar kecil menunjukkan keadaan cincin yang tersangkut hingga menyebabkan jari warga emas berkenaan membengkak.


KAJANG – Seorang warga emas terpaksa menahan kesakitan selama tujuh jam selepas dua bentuk cincin yang dipakai di jari manisnya melekat selain sebahagiannya terbenam sehingga menampakkan isi jarinya.
Lelaki berusia 50-an itu dikatakan datang ke Hospital Kajang minggu lalu sebelum melarikan diri kerana tidak mampu menahan kesakitan ketika pihak hospital cuba menanggalkan cincin tersebut.
Bagaimanapun, selepas dipujuk adik perempuannya kelmarin, mangsa datang semula ke Hospital Kajang untuk menanggalkan cincin yang membuatkan jari manisnya membengkak termasuk dijangkiti kuman.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihak bomba mengambil masa selama tujuh jam untuk melakukan kerja pemotongan serta menanggalkan cincin di jari mangsa.
Katanya, pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Semenyih dikerahkan ke hospital sebaik pihaknya menerima panggilan berhubung bantuan untuk memotong cincin pada jari seorang lelaki.
“Anggota bomba memulakan kerja-kerja memotong cincin itu bermula pukul 10 malam, namun berlaku sedikit kesukaran kerana sebahagian cincin tersebut terbenam dalam isi jari mangsa selain kedua-dua cincin berkenaan melekat antara satu sama lain.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0825&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3jm2AX1k9 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment