Search This Blog

Friday, August 14, 2015

Operasi jejak dua kapal tangki




PUTRAJAYA – Maritim Malaysia (APMM) dengan kerjasama pihak berkuasa maritim Indonesia dan Singapura kini sedang berusaha menjejaki dua buah kapal tangki yang disyaki terlibat dalam kes rompakan kapal MT Joaquim, Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar (gambar) berkata, dua buah kapal tangki tersebut telah pun dikenalpasti dan usaha menjejakinya sedang giat dijalankan pihak berkuasa maritim ketiga-tiga buah negara.
Beliau berkata, operasi turut melibatkan dua buah pesawat milik APMM yang melakukan pemantauan di sekitar perairan negara sejak dua hari lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0814&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3ijnzBOSg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment