Search This Blog

Saturday, August 8, 2015

Muntah darah di rumah pengasuh

Oleh IKHWAN IDERIS


IBU Mohamad Haziq, Noriah Ramli, memangku jenazah anaknya itu selepas keluar dari bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan semalam.


KUANTAN – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut malam kelmarin setelah mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat kecuaian pengasuh­nya.
Mohamad Haziq Izzudin Mohd. Safari disahkan meninggal dunia sewaktu menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira pukul 11.50 malam.
Bapa mangsa, Mohd. Safari Ibrahim (gambar kecil), 36, berkata, isterinya menerima panggilan daripada pengasuh anak Moha­mad Haziq pada pukul 10.30 pagi Rabu lalu yang mengatakan anak bongsunya itu tersedak susu.
“Saya bergegas ke rumah pe­ngasuh di Sungai Isap di sini dan mendapati anak saya berada dalam keadaan separuh sedar. Terdapat kesan muntah dan darah pada bajunya selain bengkak pada bahagian kepala.
“Saya bertanya kepada pe­ngasuh mengenai apa yang terjadi, namun dia berdolak-dalik dan mendakwa kesan bengkak dan lebam pada kepala Mohamad Haziq merupakan tanda lahir.
“Melihatkan keadaannya, saya terus menghantar anak bongsu saya itu ke sebuah hospital swasta. Bagaimanapun, keadaannya semakin teruk sehingga dia terpaksa dirujuk ke HTAA pada petang Khamis.
“Saya sedih apabila doktor yang mengetuai pasukan pembedahan di HTAA memberitahu peluang untuk anak saya hidup cuma 50:50.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3iB6FxjPJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment