Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Fadzil Hashim berkata, da­lam kejadian kira-kira pukul 5.11 petang itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan identitinya sehingga kini masih belum dikenal pasti kerana dokumen milik mangsa hangus terbakar.
“Kemalangan dipercayai berlaku selepas tayar kereta mangsa meletup lalu kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan.
“Mangsa tersepit di da­lam kenderaan tersebut lalu keretanya terbakar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Fadzil, pihak po­lis masih berusaha mengenal pasti identiti mangsa.
Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, kenderaan tersebut terbakar 100 peratus dan tindakan memadam kebakaran dilakukan pihak bomba.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.