Search This Blog

Friday, August 14, 2015

KL dilanda banjir kilat, ribut



ANGIN kencang meranap dan menerbangkan khemah serta kerusi bagi sambutan majlis Aidilfitri di pekarangan Bangunan MITI di Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Hujan lebat sejak pukul 5 petang yang berlarutan hampir tiga jam menyebabkan beberapa kejadian banjir kilat di sekitar ibu negara di sini semalam.
Tinjauan Kosmo! di beberapa kawasan mendapati angin kencang dan ribut turut menyebabkan beberapa kejadian pokok tumbang, kesesakan lalu lintas serta sebuah komuter terkandas di laluan Putra menghala ke Segambut.
Kejadian angin kencang itu juga meranapkan khemah dan menerbangkan kerusi di pekarangan bangunan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Jalan Duta.
Penolong Kanan Penguasa Bomba Kuala Lumpur, Wahid Mahat berkata, antara kawasan yang terjejas ialah Segambut, Bukit Tunku, Taman OUG, Jalan Dutamas dan Jalan Puchong.
“Paras air naik kira-kira 0.5 meter di beberapa lokasi menyebabkan puluhan kenderaan rosak dan ditenggelami air.
“Selain itu, kira-kira 100 orang terkandas dalam sebuah komuter yang sedang menghala ke hentian Segambut apabila sebatang pokok tumbang menghempap kabel elektrik di Jalan Putra Mas 1, off Jalan Kucing menyebabkan laluan terhalang dan tren terhenti akibat bekalan elektrik terputus,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0814&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3ijnezFMl 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment