Search This Blog

Saturday, August 15, 2015

‘Imam Mahadi’ dihantar pulang

Jakarta: Lapan daripada 11 warga Indonesia termasuk seorang yang mengaku Imam Mahadi yang ditangkap di Arab Saudi atas tuduhan syrik selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri pada 2 Syawal lalu dibenarkan pulang.
Pengarah perlindungan rakyat di Kementerian Luar Indonesia Muhammad Iqbal berkata, pejabat konsul Indonesia di Jeddah membantu membebaskan kumpulan berkenaan yang ditahan sejak 18 Julai lalu.
Kumpulan itu yang menggelar diri mereka Himpunan Pemuda Sinar Syahid (Himpass) ditahan kerana menunaikan solat dan khutbah Aidilfitri di hadapan Kaabah pada 2 Syawal lalu.
Ketua kumpulan itu, Zubir Amir Abdullah turut ditahan kerana mengaku dirinya Imam Mahadi.

Seorang pegawai di pejabat konsul itu, Dicky Yunus berkata, lapan daripada 11 anggota kumpulan itu termasuk Zubir dihantar pulang semalam dan dijangka tiba di Jakarta hari ini.
Dari Jakarta, kumpulan itu akan meneruskan perjalanan ke bandar asal mereka di Medan.
Tiga lagi anggota kumpulan itu masih ditahan dan tidak dibenarkan pulang kerana memiliki pas untuk bekerja di Arab Saudi.
Menurutnya, ketiga-tiganya akan dibenarkan pulang hanya selepas mendapat kebenaran daripada majikan tempat mereka bekerja.
“Kami berusaha membawa pulang baki tiga lelaki itu ke tanah air.
“Bagaimanapun, yang penting, mereka tidak didakwa di mahkamah kerana hukuman berat menanti mereka jika didapati bersalah jika dibicarakan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 6:40 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/70243#sthash.mbDSrtDf.dpuf

No comments:

Post a Comment