HASAN (kiri) ditahan polis kerana mencuri motosikal milik jirannya di Karanganyar, Jawa Tengah, baru-baru ini. - AGENSI
KARANGANYAR, Jawa Tengah –
Tindakan seorang remaja
mencuri sebuah motosikal
milik jirannya, membawa padah apabila dia diberkas pihak polis selepas suspek gagal menjual
kenderaan tersebut untuk
menghilangkan bukti.
Menurut pegawai polis Karanganyar, Suryo Wibowo, suspek yang dikenali sebagai Hasan Abdulrahman, 21, mencuri motosikal jenis Suzuki Smash di rumah jirannya pada waktu malam.
Jelas Suryo kepada portal Sidonews, kegagalan Hasan menjual motosikal tersebut menyebabkan dia menyimpan kenderaan itu di sebuah stor di Palur dekat daerah Jaten.
“Susulan laporan mangsa, sepasukan polis dikerah melakukan pencarian dan menemukan motosikal itu di stor berkenaan, tetapi suspek tiada di lokasi kejadian kerana sedang bekerja di Semarang.
“Suspek ditahan di tempat
kerjanya dan dibawa ke Karanganyar untuk disiasat dengan lebih lanjut,” katanya.
Sementara itu, mangsa
yang enggan dikenali berkata, Hasan merupakan jiran yang rapat dan sering datang rumah, menyebabkan suspek mengetahui selok-belok di rumahnya.
“Terdapat tiga kenderaan
di dalam garaj itu ketika
kejadian tetapi dua daripadanya disimpan oleh saya,” kata mangsa.
No comments:
Post a Comment