Search This Blog

Saturday, August 8, 2015

Dua beradik gaduh sampai mati


Halaman rumah ibu mangsa yang menjadi lokasi dua beradik bertengkar hingga abangnya maut dalam kejadian di Bukit Lada, kelmarin.


ALOR SETAR – Pertengkaran antara dua beradik berakhir selepas si abang meninggal dunia kerana cedera di kepala selepas terkena objek keras yang dibaling oleh adik lelakinya dalam satu kejadian di Kampung Lada, Pokok Sena di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 4 petang itu, mangsa Mohd. Yusoff Gozali, 35, yang merupakan anak sulung daripada 13 beradik disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) ketika menerima rawatan.
Salah seorang adik perempuan mangsa, Syafinar Gozali, 27, berkata, ketika mangsa dan adik lelakinya bertengkar, dia sedang berniaga di pekan Pendang sebelum dihubungi ibunya yang memaklumkan abang sulungnya cedera parah selepas bertengkar dengan adik lelakinya.
“Ibu beritahu dia cuba meleraikan pergaduhan itu namun tidak diendahkan. Selepas lima minit ibu terkejut apabila mendapati abang telah terbaring berlumuran darah sebelum mengarahkan adik membawanya ke HSB. Ketika itu, adik beritahu dia tidak sengaja mencederakan abang malah dia turut minta maaf berkali-kali kepada ibu,” katanya.
Tambah Syafinar, dia tidak menyangka pertengkaran itu berakhir dengan tragedi kerana kedua-dua mereka sangat rapat dan selalu bersama ke hutan bagi mencari akar kayu atau madu lebah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3iB8D9OtF 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment