Search This Blog

Tuesday, August 25, 2015

Dirompak ketika tidur tepi jalan



CONTOH kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dilarikan penjenayah di Miri semalam. – Gambar hiasan


MIRI – Tindakan seorang lelaki berhenti di tepi jalan untuk tidur seketika mengundang padah apabila menjadi mangsa rompak dua lelaki di Jalan Lambir Batu 8 di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu mengakibatkan mangsa berusia 32 tahun kerugian lebih RM90,000 apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, telefon bimbit serta sejumlah wang tunai miliknya dilarikan perompak terbabit.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke arah Bakong selepas menghadiri majlis ulang tahun rakannya di sebuah rumah di Taman Tunku di sini.
Bagaimanapun katanya, mangsa yang bertolak dari rumah rakannya kira-kira pukul 5.30 pagi tiba-tiba berhenti di tepi jalan untuk tidur sekejap selepas dikatakan terlalu mengantuk.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0825&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3jm2gPcb8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment