Search This Blog

Friday, August 14, 2015

Clinton serah thumb drive kepada FBI



CLINTON bergambar bersama seorang peminat semasa berkempen di Claremont, New Hampshire kelmarin.


WASHINGTON – Sebatang pemacu pena atau thumb drive dan pelayan komputer mengandungi salinan e-mel yang diterima dan dihantar oleh Hillary Clinton semasa beliau menyandang jawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) akan diserahkan kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), menurut laporan media kelmarin.
Clinton dikritik kerana menggunakan e-mel persendirian semasa menyandang jawatan itu, manakala FBI memulakan siasatan berhubung kemungkinan beliau menghantar dan menerima maklumat sulit menerusi pelayan persendiriannya itu.
“Beliau berharap agar AS dan agensi lain yang terlibat dalam proses menyemak pemacu dan pelayan berkenaan dapat segera mengasingkan e-mel yang mana wajar disiarkan kepada orang umum dan pada masa sama, ia perlu dilakukan secara telus,” kata seorang jurucakap Clinton, Nick Merill.
Clinton telah mengarahkan pasukannya supaya menyerahkan pelayan komputer yang digunakan sepanjang beliau menyandang jawatan Setiausaha Negara termasuk satu pemacu pena yang mengandungi beberapa salinan e-mel. Clinton yang bertanding untuk menjadi calon Parti Demokrat pada pilihan raya Presiden AS n 2016 berkata, beliau menguruskan semua e-melnya menerusi kemudahan pelayan komputer persendirian.
“Tindakan itu mungkin memudahkan beliau tetapi mencetuskan masalah di pelbagai peringkat kepada negara,” kata seorang wakil rakyat AS, Trey Gowdy. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0813&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3ijp47sSw 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment