Bayi perempuan yang berbungkus kain batik itu ditemukan di tepi jalan kira-kira pukul 7 petang.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Baharudin Mustapha yang mengesahkan kejadian itu berkata, bayi tersebut dipercayai ditinggalkan kurang 24 jam berdasarkan tali pusatnya.
“Bayi itu diletakkan 50 meter dari pondok pengawal dan kita percaya bayi berkenaan telah diletakkan oleh ibunya kira-kira pukul 6.30 petang.
“Buat masa ini keturunan bayi berkenaan belum dapat dikenal pasti," katanya yang mengesahkan kejadian itu di sini hari ini.
Menurut Baharuddin, bayi berkenaan kini dalam keadaan sihat di Hospital Port Dickson dan beratnya adalah 2.8 kilogram.
“Kita memohon kerjasama daripada orang ramai agar dapat membantu pihak polis dalam memberikan maklumat berhubung kes ini. Kes ini kita siasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.