WARTAWAN SINAR HARIAN
24 OGOS 2015
Bayi bertali pusat ditinggalkan tepi jalan Kanak-kanak yang ditemui
PORT DICKSON - Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui oleh orang awam di tepi jalan di Felcra Air Hitam Batu 18 Pasir Panjang kira-kira jam 7 malam semalam.
Sumber memberitahu, ketika ditemui bayi berkenaan dalam keadaan bersih, hanya dibaluti dengan kain batik, tidak menangis dan dihurung semut.
Orang awam yang menemui bayi berkenaan kemudian membawanya ke pondok pengawal ladang sebelum menghubungi polis dan dibawa ke Hospital Port Dickson.
Ketua Polis Daerah, Superitendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment