Search This Blog

Saturday, August 8, 2015

Bas ekspres dua tingkat terbabas



Orang ramai melihat bas ekspres dua tingkat yang terjunam ke dalam gaung di Guchil Batu Balai, Kuala Krai semalam.


KUALA KRAI – Seramai 45 penumpang sebuah bas ekspres dua tingkat termasuk 16 warga asing berdepan detik cemas selepas bas yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang besar di Kampung Guchil Jalan Kuala Krai - Kota Bharu semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, bas berkenaan bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 malam menuju ke Kota Bharu.
Seorang mangsa kejadian, Ainur Zahra Ahmad Razei, 17, berkata, dia dalam keadaan sedar sebelum merasa bas bergegar dan melanggar pembahagi jalan lalu terjunam ke dalam longkang besar berkenaan.
Katanya, dia enam sekeluarga dari Kajang ke Kelantan untuk melawat kakak yang menuntut di Universiti Teknologi Mara, Machang.
“Kami duduk di tingkat atas bas. Keadaan di dalam bas bertukar menjadi kelam-kabut dengan jeritan orang meminta tolong.
“Ibu, ayah serta kakak sudah tercampak dan terperosok ke bahagian hadapan bas. Akibat hentakan itu, kaki ibu tersepit dan ditindih dengan penumpang lain,” katanya ketika ditemui di Wad Cenderawasih di Hospital Kuala Krai di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3iB796OKM 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment