Search This Blog

Saturday, August 8, 2015

AS sekat ‘kapal selam’ bawa dadah RM709 juta



PENGAWAL pantai menunda sebuah bot membawa dadah yang direka seperti sebuah kapal selam di timur Lautan Pasifik kelmarin.


LOS ANGELES – Pasukan pengawal pantai Amerika Syarikat berjaya merampas kokain bernilai AS$181 juta (RM709 juta) dari sebuah bot yang direka seperti sebuah kapal selam di timur Lautan Pasifik.
Pasukan berkenaan merampas dadah seberat 5,400 kilogram (kg) daripada empat penyeludup dadah di atas bot berkenaan yang kemudian tenggelam semasa ditunda.
Bot itu ditemui kira-kira 320 kilometer ke selatan Mexico dipercayai membawa sejumlah dadah seberat 7,257kg tetapi semasa ditunda, bot itu tenggelam bersama-sama sebahagian dadah yang dibawa.
“Kejayaan ini menjejaskan rangkaian jenayah antarabangsa dan membantu meningkatkan keselamatan dan kestabilan di Hemisfera Barat,” kata Timbalan Laksamana Pengawal Pantai kawasan Pasifik, Komander Charles W.Ray dalam satu kenyataan.
Rampasan dadah yang dilakukan pada 18 Julai itu merupakan yang terbesar pernah direkodkan dalam sejarah pasukan pengawal pantai.
Pengawal pantai berkata, terdapat kira-kira 25 buah bot seperti kapal selam berjaya dihalang di timur Lautan Pasifik sejak November 2006.
Bot sepanjang 12 meter itu direka khas seperti sebuah kapal selam mini dengan hanya batang paip ekzos dan kokpit yang berada di atas permukaan air menyebabkannya sukar dikesan pihak berkuasa. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3iB4elBtf 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment