WARTAWAN SINAR HARIAN
24 OGOS 2015
Kemalangan
BATU PAHAT – Seorang remaja lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) di persimpangan dekat Kilometer 112, Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran dengan Yong Peng, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa, Toh Ren Jie, 16, dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Sport dirempuh dari arah bertentangan dengan SUV jenis Toyota Land Cruiser di hadapan simpang jalan kira-kira jam 8.15 malam.
"Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di badannya, maut di tempat kejadian," katanya.
Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses bedah siasat sebelum dituntut keluarganya semalam.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
No comments:
Post a Comment