Search This Blog

Saturday, August 8, 2015

7 maut, beratus cedera bom kereta meletup di Kabul

JUMAAT, 7 OGOS 2015 @ 8:57 AM


ANGGOTA polis Afghan berkawal di lokasi nahas selepas bom kereta meletup di Kabul, hari ini. - Foto Reuters


KABUL: Tujuh orang terkorban dan beratus yang lain cedera apabila bom kereta meletup awal pagi ini di sini, kata pegawai. Serangan itu adalah yang pertama terhadap ibu negara Afghan sejak pengumuman kematian ketua Taliban, Mullah Omar. Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan pada ketika Taliban mula merangka serangan biarpun selepas berlaku pergelutan dalam peralihan kuasa di kalangan pergerakan militan itu. Bom berkenaan yang tidak dapat dipastikan sasaran sebenar, berlaku sehari selepas Taliban membunuh sembilan orang dalam serangan terhadap polis di selatan dan timur Afghanistan.


 ANGGOTA polis Afghan berkawal di lokasi nahas selepas bom kereta meletup di Kabul, hari ini. - Foto Reuters "Tujuh orang terkorban dan 198 orang yang cedera dibawa ke hospital," kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Wahidullah Mayar. "Mereka yang cedera termasuk kanak-kanak dikejarkan ke hospital di bandar...angka kematian dijangka meningkat." Ketua Polis Kabul, Jeneral Abdul Rahman Rahimi pula berkata, lapan orang dilaporkan terbunuh dan 128 lagi cedera. "Sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan meletup di tengah kawasan kediaman yang padat dengan penduduk di Shah Shaheed (timur Kabul). Beberapa rumah dalam kawasan ini juga rosak. "Mereka yang terkorban dan cedera termasuk wanita dan kanak-kanak. Serangan itu bertujuan untuk menyebabkan kematian yang ramai," katanya. - AFP

MANGSA yang cedera di bawa ke hospital selepas bom kereta meletup di Kabul, hari ini. - Foto AFP ANGGOTA keselamatan memeriksa bangunan yang musnah selepas bom kereta meletup di Kabul, hari ini. - Foto AFP
ANGGOTA keselamatan memeriksa bangunan yang musnah selepas bom kereta meletup di Kabul, hari ini. - Foto AFP



Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72929

No comments:

Post a Comment