Search This Blog

Friday, August 14, 2015

40 hilang tanah runtuh timbus kuarters pekerja



REUTERS - BEBERAPA anggota penyelamat melakukan pencarian pekerja yang tertimbus di sebuah syarikat perlombongan selepas tanah runtuh berlaku di daerah Shanyang, wilayah Shaanxi, China semalam.


BEIJING – Kira-kira 40 orang hilang selepas tanah runtuh menimbus kuarters pekerja sebuah syarikat perlombongan, kata pihak berkuasa tempatan dan media rasmi China semalam.
Mereka yang hilang dipercayai tertimbus di bawah 1 juta kubik meter tanah.
Bencana selepas tengah malam semalam itu menimbus 15 bangunan asrama pekerja dan tiga rumah awam di daerah Shanyang, dalam wilayah Shaanxi, utara China, kata seorang pegawai tempatan.
“Sekitar 40 orang masih hilang,” kata pegawai berkenaan. Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan empat orang telah diselamatkan pagi semalam dan telah dibawa ke hospital.
Kira-kira 10 orang di tapak tersebut pula dilaporkan berjaya menyelamatkan diri.
Pasukan Polis, bomba dan penyelamat telah dihantar ke lokasi bencana sementara penduduk awam juga dipindahkan, jelas satu kenyataan pihak berkuasa tempatan Pengendali lombong tersebut dikenal pasti sebagai Syarikat Perlombongan Wuzhou yang melombong logam jenis Vanadium. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0813&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3ijpLA8Xr 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment