Search This Blog

Saturday, August 8, 2015

2 beranak ditahan kes bayi lapan bulan maut

SABTU, 8 OGOS 2015 @ 8:33 PM



 Oleh Nik Sukry Ramli niksukry@bh.com.my

 IBU mangsa , Noraih Ramli, 39, memangku jenazah anaknya, Mohamad Haziq Izzudin Mohd Safari, 8 bulan, selepas keluar dari bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan semalam. - Foto Luqman Hakim Zubir

KUANTAN: Polis menahan dua beranak berhubung kes bayi lelaki berusia lapan bulan yang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat kecuaian pengasuhnya petang semalam. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata dua beranak yang ditahan adalah pengasuh bayi berkenaan serta ibunya masing-masing berusia 20-an dan 50-an bagi membantu siasatan kes berkenaan. "Kita menahan kedua-dua wanita itu lewat petang semalam di rumahnya untuk disiasat di bawah Seksyen 3 (1) (5) Akta Kanak-kanak 2001. "Setakat ini, kita hanya menerima laporan daripada bapa mangsa dan tiada ibu bapa lain membuat laporan berhubung anak mereka yang turut dijaga oleh pengasuh berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini. Bayi malang berkenaan, Mohamad Haziq Izzuddin Mohd Safari disahkan meninggal dunia ketika menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira jam 11.50 kelmarin. Bedah siasat mendapati terdapat kesan bengkak di belakang kepala mangsa akibat hentakan dari tempat tinggi dan punca kematian adalah disebabkan pendarahan dalam kepala.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73344

No comments:

Post a Comment