Turut terkorban ialah suami mangsa, Mohd. Rozi Mahmud, 43, yang menunggang motosikal itu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan menghala ke Serendah dekat sini.
Difahamkan, motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan melanggar belakang sebuah lori yang sedang bergerak pada laluan sama.
Jenazah kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu.