Search This Blog

Friday, July 31, 2015

Warga emas hilang sebulan lalu


WARTAWAN SINAR HARIAN
31 JULAI 2015
Warga emas hilang sebulan lalu

Warga emas hilang sebulan lalu Abd Rahman

KOTA BHARU - Seorang warga emas dilaporkan hilang sejak lebih sebulan lalu di sebuah ladang sawit di Gua Musang selepas keluar dari kediamannya di Jalan Lundang di sini.

Mangsa, Abd Rahman Osman, 60 dikatakan keluar dari rumahnya pada 15 Jun lalu secara berseorangan ke ladang miliknya dengan memandu kereta bersendirian bagi meninjau keadaan di kawasan berkenaan.

Walau bagaimanapun mangsa dilaporkan tidak pulang ke kediamannya dan ekoran keadaan tersebut, anaknya berusia 33 tahun telah membuat laporan polis pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian.

Menurutnya, anak mangsa yang risau dengan keadaan bapanya terus membuat laporan polis untuk mengesan bapanya itu.

“Namun sehingga kini, bapanya masih belum ditemui walaupun mangsa telah membuat pemeriksaan di ladang sawit milik bapanya.

“Setakat ini kita masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan mangsa yang hilang,” katanya.

Rohaimi memberitahu, sekiranya orang ramai mempunyai maklumat atau pernah terserempak dengan mangsa tersebut supaya dapat menghubungi segera balai-balai polis terdekat untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment