Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Wanita maut, anak parah motosikal masuk longkang akibat diragut

ISNIN, 13 JULAI 2015 @ 1:02 AM


KUALA LUMPUR: Seorang peniaga kedai makan maut, manakala anak perempuannya cedera parah selepas motosikal mereka terbabas ke dalam longkang akibat diragut berhampiran sebuah stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) arah Taman Melawati ke Ampang, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.55 petang itu, mangsa yang membonceng motosikal yang ditunggangi anaknya dikatakan keluar dari arah Zoo Negara ke arah Ampang sebelum diekori sebuah motosikalnya dinaiki dua suspek. Saksi kejadian, Mohd Shamsul Suliman, 24, yang beliau yang menunggang motosikal di belakang mangsa dan suspek, berkata beliau melihat suspek memecut ke arah motosikal mangsa dan meragut rantai leher mangsa. "Wanita itu cuba melawan menyebabkan anak perempuannya gagal mengawal motosikal sehingga mereka terjatuh ke dalam longkang yang dalamnya lebih kurang dua meter. "Saya cuba kejar peragut lebih kurang 200 meter tapi gagal kerana mereka terus memecut laju ke arah Ampang. Saya kemudian berpatah balik ke tempat mangsa jatuh sebelum menghubungi talian kecemasan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi. Katanya, beliau dan beberapa orang awam kemudian membantu menaikkan mangsa dan anak perempuannya dari dalam longkang sementara menunggu bantuan kecemasan tiba. Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia, manakala anak perempuannya, mengalami kecederaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata usaha mengesan suspek kini sedang dijalankan. "Mangsa, Salimah Salim, 47, dari Ukay Perdana disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya, Ihamavantisa Solihin, 27, cedera parah pada pinggang, kedua-dua belah kaki serta tangan. Mereka dihantar ke Hospital Ampang untuk tindakan seterusnya. "Saksi melihat dua penjenayah dianggarkan berusia 20-an menaiki sebuah Yamaha 125Z dengan rim tayar hitam. Gerakan memburu suspek sedang dilakukan," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/67618

No comments:

Post a Comment