Search This Blog

Friday, July 31, 2015

Tiga polis cedera dalam serangan bom di selatan Thailand

Narathiwat: Tiga anggota polis cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terkena serangan bom di daerah Cho Airong di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku ketika ketiga-tiga anggota polis itu dalam perjalanan mengiringi beberapa guru sekolah pulang ke rumah.
Jurucakap polis berkata, bom meletup ketika kenderaan mangsa melalui jalan Ban Ya Ning di kampung Moo 2 di Juab.
Ketiga-tiga anggota polis itu cedera pada badan dan muka akibat terkena serpihan bom dan dirawat di Hospital Naradhiwas Rajanagarindra.
Katanya, bom itu dipasang dalam silinder gas seberat 20 kilogram yang disorok berhampiran satu papan tanda kira-kira 200 meter dari sekolah.
Bom itu dipercayai diletupkan menggunakan alat kawalan jauh apabila kenderaan polis menghampiri papan tanda berkenaan.
Polis percaya serangan bom itu dilancarkan kumpulan pemisah.
Keganasan yang melanda selatan Thai kerana menuntut pemisahan sejak 2004 lalu menyebabkan lebih 5,000 orang terbunuh. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 6:51 AM


KEADAAN kereta polis yang rosak akibat terkena serpihan bom.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67206#sthash.DLLHXSKh.dpuf

No comments:

Post a Comment