Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Tiga maut akibat denggi

Oleh Mary Victoria Dass

Maryvictoria@hmetro.com.my


Johor Bahru: Jabatan Kesihatan Negeri Johor mencatat tiga kes kematian akibat wabak denggi di Johor Bahru dalam tempoh 5 Julai hingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, mangsa termasuk seorang murid perempuan tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Daya 3.

Beliau berkata, kes kedua membabitkan seorang wanita yang baru bersalin berusia 28 tahun di Taman Kobena.



Menurutnya, manakala kes ketiga adalah membabitkan seorang lelaki warga Bangladesh, 35, yang bekerja di tapak pembinaan di Taman Desa Cemerlang.

Katanya, secara keseluruhannya Johor Bahru mencatatkan bilangan kematian paling ramai di seluruh negeri iaitu sebanyak 8 kes dari awal tahun hingga semalam.

"Bilangan kematian akibat wabak denggi di seluruh negeri hingga semalam adalah 14 kes.

"Selain kediaman terbiar, pemeriksaan mendapati kebanyakan tapak pembinaan juga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes di mana pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi mencegah wabak ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 10:41 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63851#sthash.gV9dT9ag.dpuf

No comments:

Post a Comment