Search This Blog

Sunday, July 12, 2015

Tiga hari dengan mayat kekasih


Glasgow: Seorang wanita muda yang cedera parah dalam kemalangan kereta menghabiskan masa tiga hari dengan mayat teman lelakinya sebelum dia diselamatkan.

Bapa Lamara Bell menuduh polis tidak mengendahkan anak perempuannya berusia 25 tahun selepas pegawai mengaku mereka menerima laporan mengenai kemalangan itu Ahad lalu, tetapi gagal bertindak.

Pasangan itu dan kereta mereka ditemui di lebuh raya berhampiran bandar Stirling Rabu lalu.

John Yuill, 28, disahkan mati di tempat kejadian sementara Lamara yang cedera parah kini dirawat di hospital.


“Lamara berada bersama-sama mayat kekasihnya di dalam kereta itu selama tiga hari. Ada orang membuat laporan mengenai kemalangan itu, tetapi polis tidak mengendahkannya. Kini, anak saya berada di hospital dan bergantung kepada mesin penyambung hayat,” kata bapa wanita itu Ossie Dinnefash dalam laman Facebooknya.

Sementara itu, bapa Yuill, Gordon memberitahu wartawan anaknya mungkin tidak dapat diselamatkan, tetapi kelewatan polis bertindak terhadap laporan itu memberi kesan kepada Lamara.

“Kecederaannya begitu teruk menyebabkan dia mati sejurus selepas kemalangan. Tetapi, nasib Lamara mungkin berbeza sekiranya bantuan diberikan segera. Saya bersimpati dengannya.”

Kedua-duanya dilapor hilang beberapa hari sebelum mereka ditemui.

Polis Scotland berkata, ia melancarkan siasatan mengenai punca anggotanya gagal bertindak selepas menerima laporan asal. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 9:27 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63683#sthash.ziY4WPN5.dpuf

No comments:

Post a Comment