Melaka: Seorang peniaga tergamam dan hanya mampu melihat sebuah kereta Honda Civic lama dipandu wanita berusia 20 tahun, merempuh kedai makan miliknya di Bukit Piatu, Melaka, kira-kira jam 5 petang semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62434#sthash.Gcfs71ls.dpuf
Dalam kejadian itu, pemilik kedai makan Asmadi Ahmad, 40, keluar dari kedai runcit di sebelah kedai makan itu untuk mengambil stok barangan yang disimpan, dikejutkan dengan dentuman kuat sebelum berpaling dan menyedari sebuah kereta merempuh pintu dan tiang kedai makannya.
"Saya bersama pak cik saya hanya mampu memandang tanpa berganjak walau seinci.
"Mujur kereta itu terhenti selepas melanggar tiang kedai," katanya.
Menurut sumber, wanita terbabit dikatakan dari arah Bukit Baru menuju ke bandaraya Melaka, sebelum kereta dipandunya tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh kedai terbabit.
Sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda milik pelanggan kedai runcit turut dirempuh pemandu kereta terbabit.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 2:12 PM
No comments:
Post a Comment