Search This Blog

Friday, July 31, 2015

‘Tengku’ didakwa tipu gelaran Datuk


Tengku MOHD. ARIFFIN (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di Kota Bharu semalam selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan menjual Datuk palsu.


KOTA BHARU – Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas lapan pertuduhan memalsukan dokumen watikah pelantikan bagi tujuan menipu kononnya boleh mendapatkan anugerah Datuk Kerabat Diraja Kelantan.
Tertuduh, Tengku Mohd. Ariffin Tengku Ibrahim, 62, yang juga dipercayai kerabat diraja di negeri ini memohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Yusoff Yunus.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memalsukan dokumen iaitu surat watikah mengenai Perakuan dan Pengesahan Datuk Kerabat dan Kad Kuasa Keahlian Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan.
Perbuatan itu dengan niat supaya dokumen palsu itu digunakan bagi tujuan mahu menipu 11 orang mangsa yang kebanyakannya ahli perniagaan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di depan Kedai Perabot Wan Jati, Lot 125-A, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kampung Padang Demit, Kubang Kerian di sini pada pukul 6 petang dari 1 April tahun lalu hingga 18 Februari tahun ini.
Tengku Mohd. Ariffin yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3hPqmPsVI 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment