Turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam itu ialah seorang lelaki warga asing berpakaian perempuan yang turut dipercayai menawarkan khidmat yang sama.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, tangkapan tersebut dibuat ketika pegawai dan anggota Pasukan Tindakan Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (Stagg), Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur menyamar sebagai pengunjung.
“Ketika operasi dijalankan, ke­semua warga asing terbabit bergerak ke setiap meja pengunjung termasuk meja pasukan yang menyamar bagi menawarkan perkhidmatan mereka.
“Mereka turut menentukan bayaran perkhidmatan dari RM300 hingga mencecah ribuan ringgit termasuk bayaran untuk bilik hotel,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zainuddin, kesemua yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki warga Vietnam, 39 perempuan warga Vietnam, Uzbekistan (9), Indonesia (2), Filipina (2) dan Thailand (1).
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitter rasminya turut mengesahkan kejayaan tersebut dan mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan berkenaan.