Dengan kelajuan angin 162 kilometer sejam berbanding ramalan 173 kilometer sejam sebelum ini, Chan-Hom mendarat di Zhoushan, lapor Pusat Meteorologi Kebangsaan China (NMC).
Akhbar People’s Daily melaporkan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di Shanghai, sebanyak 500 penerbangan terpaksa dibatalkan, sementara sejumlah 250 penerbangan turut terjejas di Lapangan Terbang Hongqiao.
Taufan itu turut membawa hujan lebat di Shanghai, wilayah Anhui, dan Fujian.
Selain daripada pemindahan berskala besar itu, pihak berkuasa turut mengarahkan hampir 51,000 bot nelayan kembali ke pelabuhan selepas ombak mencecah sehingga 10 meter.
Awal minggu ini, lima terkorban apabila Taufan Chan-hom melanda Filipina, sementara 20 lagi mangsa cedera di Jepun apabila angin kencang dibawa taufan berkenaan menumbangkan pokok-pokok dan merosakkan bangunan.
Di Taiwan, empat orang cedera akibat pokok tumbang apabila ribut itu melanda semalam.  AFP