Ipoh: Seorang lelaki terpaksa menahan sakit hampir setengah jam apabila cincin besi yang dipakai di jari manisnya tersangkut sehingga menyebabkan jarinya membengkak.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63845#sthash.zgUxPPCD.dpuf
Dalam kejadian jam 1 pagi, semalam, mangsa berusia 23 tahun terpaksa pergi ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), untuk mendapatkan bantuan sebelum pihak hospital menghubungi bomba.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Marzuki Kimi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.04 pagi bagi memberi bantuan khas memotong cincin itu.
Menurutnya, sebaik tiba di HRPB, lelaki berkenaan sedang menunggu untuk mendapatkan bantuan dalam keadaan menahan kesakitan akibat jarinya mula membengkak.
“Bomba terpaksa menggunakan peralatan khas pemotong bagi membolehkan cincin ditanggalkan selepas gagal mengeluarkannya secara normal.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 5:41 AM
No comments:
Post a Comment