Search This Blog

Monday, July 27, 2015

Taman Negara bakal lenyap



Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil menunjukkan air Sungai Lau yang tercemar dan berlumpur akibat pembalakan.


JERANTUT – Aktiviti pe­nerokaan hutan yang semakin rakus di kawasan hulu Sungai Pahang menjadi punca utama beberapa kawasan di sungai tersebut hampir kering dan kini paras airnya tinggal setakat buku lali.
Tinjauan Kosmo! di Taman Negara Kuala Tahan dan Ulu Tembeling de­ngan jelas dapat melihat aktiviti pembalakan yang semakin drastik berlaku di sekitar kawasan Hutan Simpan Tekai dan Hutan Simpan Tembeling.
Tindakan itu mengakibatkan Sungai Tembe­ling menjadi cetek kerana berlaku mendapan serta ha­kisan pasir yang berpunca daripada penebangan ba­lak.
Beberapa batang anak sungai seperti Sungai Tekai, Sungai Tabung, Sungai Bubut dan Sungai Pengau yang mengalir ke Sungai Tembeling turut terjejas dengan semakin cetek, keruh dan penuh dengan mendapan pasir.
Anak-anak sungai itu dipercayai mengalami ke­­musnahan kerana kawasan tadahan air turut rosak akibat kegiatan pembalakan.
Turut menyumbang kepada kemusnahan sungai-sungai itu ialah apabila beberapa laluan balak dibina bagi mengeluarkan hasil hutan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0727&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3h4EH6UF1 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment