Search This Blog

Sunday, July 12, 2015

Tak sempat solat Tarawih

MOHD Noh
Putatan: Hajat seorang imam mengimamkan solat tarawih di masjid tidak kesampaian apabila maut selepas kereta dipandunya dirempuh kenderaan lain di Kilometer 16, Jalan Kota Kinabalu-Papar berhampiran Kem Lok Kawi, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.05 malam, Mohd Noh Chaleh, 67, dari Kampung Lembising, Meruntum parah di kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 8.40 malam.
Menurut sumber, mangsa yang memandu Perodua Kancil dalam perjalanan dari rumahnya menuju Masjid Daerah Putatat untuk mengimamkan solat tarawih.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley Hobden berkata, siasatan awal mendapati mangsa cuba membuat pusingan U berhampiran kem itu untuk ke Putatan.
“Pada masa sama, sebuah Proton Saga dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun yang datang dari arah Papar gagal mengelak lalu merempuh bahagian sisi kiri kereta mangsa.
“Rempuhan itu menyebabkan kereta mangsa remuk manakala pemandu Proton Saga hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, mangsa yang parah dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia selepas hampir dua jam menerima rawatan.
“Jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarga untuk pengebumian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 5:09 AM- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63832#sthash.sZbtB2FK.dpuf

No comments:

Post a Comment