Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Suami isteri didakwa aniaya Yaya



Rahayu dan Zulkifli dibawa ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas semalam bagi menghadapi pertuduhan mendera Yaya.


PASIR MAS – Selepas 15 hari direman, ibu tiri bersama bapa kandung, Nur Zuliana Zaa'ra Zulkifli didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menganiaya, mencedera dan mengabaikan kanak-kanak itu.
Bagaimanapun, tertuduh, Rahayu Hassan, 24, dan Zulkifli Che Othman, 39, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Semasa pertuduhan dibacakan terhadap Rahayu, kelihatan air mata suri rumah yang berdiri dalam kandang tertuduh bergenang dan sesekali dia mengelap matanya.
Rahayu dan suaminya, pemilik sebuah kedai aksesori kereta dilihat mengalami susut berat badan berbanding pada hari pertama mereka ditahan.
Rahayu dan Zulkifli didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga Nur Zuliana, 5, telah menganiaya hingga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Bagi pertuduhan tersebut, pasangan itu didakwa di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman mengikut Seksyen 31 (1) akta sama. Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0713&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3fibf7kPx 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment