Search This Blog

Tuesday, July 7, 2015

Selepas bra, seluar dalam pula

Wilkes-Barre (Pennsylvania): Sebelum ini mereka mencuri sejumlah besar bra dan kali ini, mereka kembali untuk seluar dalam.
Menurut polis, 140 seluar dalam dicuri dari sebuah kedai menjual pakaian dalam wanita Victoria's Secret di utara Pennsylvania yang sebelum ini sudah empat kali menjadi sasaran pencuri bra bernilai lebih $7,700 (RM29,260) sejak Februari.
Pengurus kedai itu melaporkan kejadian itu berlaku Khamis lalu, apabila seluar dalam wanita bernilai lebih $2,180 (RM8,284) hilang.
Sebelum ini, pencuri sudah melarikan lebih 150 bra dari kedai di Wyoming Valley Mall itu, iaitu dua kali pada Februari dan dua kali pada April lalu. Dalam salah satu kejadian April lalu, rakaman CCTV menunjukkan dua wanita memasukkan bra ke dalam beg. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 4:48 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62456#sthash.Vt49hQUp.dpuf

No comments:

Post a Comment