Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Samun kedai nombor ekor

Georgetown: Sekumpulan empat lelaki melarikan wang tunai RM400 dalam kejadian samun di sebuah kedai nombor ekor di Relau, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, kumpulan penyamun terbabit turut melepaskan satu das tembakan.
Menurut sumber, ketika itu hanya ada seorang wanita yang juga pekerja di premis terbabit.
"Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dialami wanita itu dan kumpulan penyamun berkenaan mungkin melepaskan tembakan untuk menakutkan mangsa.
"Pemeriksaan mendapati semua penyamun terbabit menunggang motosikal dan setakat ini siasatan lanjut masih dilakukan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 1:40 PM


FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63855#sthash.644ja8bg.dpuf

No comments:

Post a Comment