Search This Blog

Tuesday, July 7, 2015

Sambung reman lagi

Pasir Mas: Ibu tiri dan bapa kandung kanak-kanak lima tahun yang didera sejak enam bulan lalu direman tujuh hari lagi di Mahkamah Majistret tadi.
Perintah tahanaan reman sehingga 12 Julai itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Sebelum ini kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan ditemui ibu kandungnya dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dipercayai didera ibu tiri di Rantau Panjang, dekat sini.
Kejadian itu disedari ibu kandungnya, Sana Abdul Malek, 28, Rabu lalu selepas mengambil anaknya dari jagaan bekas suami dan ibu tiri mangsa.
Mangsa bukan sahaja terpaksa menanggung derita kira-kira enam bulan, malah turut mengalami kecederaan serius apabila patah 13 tulang.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 1:47 PM


SUAMI isteri disambung reman oleh mahkamah. FOTO Fathil Asri.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62428#sthash.ivOtZ7Wz.dpuf

No comments:

Post a Comment