Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Rompak pakai pistol mainan


MOHD. HANIF (kanan) dibawa keluar selepas didapati bersalah merompak seorang lelaki menggunakan pistol mainan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Gara-gara merompak seorang penjual telefon bimbit menggunakan sepucuk pistol mainan tahun lalu, seorang peniaga pasar malam dihukum penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Mohd. Hanif Adnan, 28, mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di bawah Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan.
Mohd. Hanif mengaku merompak Mohammad Mahdi A’akif Baharuddin, 21, dengan sepucuk pistol mainan di hadapan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kok Lanas di sini pada pukul 12.50 tengah hari, 14 Ogos tahun lalu.
Mengikut fakta kes, mangsa dikatakan menerima khidmat pesanan ringkas daripada tertuduh yang memberitahu berminat membeli telefon bimbit jenis IPhone 5S terpakai yang diiklankan pada sebuah laman sosial dan meminta berjumpa berhampiran kawasan IPTA berkenaan.
Mangsa dikatakan menunggu Mohd. Hanif bersama seorang rakannya sebelum tertuduh datang dengan sebuah motosikal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0713&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3fibIU2m4 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment