Pasangan itu yang memakai pakaian lokap dan bergari dibawa ke Mahkamah Majistret Pasir Mas di sini dengan diiringi anggota polis pada pukul 8.30 pagi.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali bermula hari ini sehingga 12 Julai ini.
Difahamkan kedua-dua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Sebelum ini, suri rumah berusia 25 tahun dan suaminya seorang peniaga aksesori kereta berusia 39 tahun direman selama empat hari bermula 29 Jun lalu bagi membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. - UTUSAN ONLINE