Search This Blog

Friday, July 24, 2015

Remaja perempuan cedera tersepit pintu pagar

KHAMIS, 23 JULAI 2015 @ 7:59 PM

SEREMBAN: Seorang remaja perempuan cedera apabila tangannya tersepit di pintu pagar automatik rumahnya di Taman Bukit Kepayang di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, mangsa berusia 19 tahun itu memasukkan tangan kiri melalui celah pintu pagar itu untuk menekan satu suis di luar. Mangsa dipercayai tidak sempat menarik tangannya apabila pintu itu tiba-tiba terbuka dengan cepat menyebabkan tangannya tersepit. Pegawai Bomba Kanan II Faizal Abd Rahman, berkata kegagalan melepaskan tangannya yang tersepit menyebabkan keluarga mangsa segera menelefon bomba. Katanya, sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 tiba di tempat kejadian pada 5.09 petang. "Melihat tangan mangsa yang kebiruan kerana dipercayai darah tidak mengalir dan keadaannya yang terlalu sakit, anggota bomba menggunakan sejenis alat untuk merenggangkan pintu pagar itu. "Tangan mangsa berjaya dilepaskan dari pintu itu dalam tempoh tidak sampai dua minit. Bapa mangsa kemudian menghantarnya ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini, untuk rawatan," katanya.

SEORANG remaja perempuan berusia 19 tahun cedera tangan kiri akibat tersepit di pintu pagar automatik rumahnya di Taman Bukit Kepayang. DISYORKAN

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69670

No comments:

Post a Comment