FAEZAH (kiri) bersama saudara-maranya meninjau semula kesan kebakaran di rumah mereka yang musnah dijilat api di Jalan Madrasah, Jelutong Timur, George Town kelmarin.
GEORGE TOWN – Tiga rumah jenis separa papan yang terletak bersebelahan di Jalan Madrasah, Jelutong Timur di sini musnah dijilat api dalam satu kebakaran di sini malam kelmarin.
Ketika kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, hanya Faezah Md. Sheriff, 34, bersama ibunya, Hayati Abu Hassan Ismail, 53, yang duduk berasingan berada di rumah masing-masing.
Menurut Faezah, semasa insiden itu, dia sedang menonton televisyen di rumah.
Katanya, dia dimaklumkan mengenai kebakaran itu selepas jirannya menjerit memaklumkan melihat api marak dari bahagian bumbung rumah bapa saudaranya yang terletak sebelah rumahnya.
“Kami memang tidak sedar apa yang berlaku sehinggalah ada jiran datang memberitahu. Dalam keadaan cemas, saya terus pergi ke rumah ibu dan membawanya keluar.
“Mujurlah ketika insiden malang itu, bapa saya, Md. Sheriff Hashim, 76, pergi menunaikan solat tarawih di masjid manakala adik, dua abang bersama bapa saudara tiada di rumah.
“Bayangkan dalam masa lima minit, semuanya lenyap. Kini, kami tinggal sehelai sepinggang dan tidak sempat membawa keluar semua barangan peribadi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0707&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3f9WiJE9n
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment