Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Premis telefon bimbit diserang



SUASANA di hadapan Plaza Low Yat turut kecoh apabila orang ramai membanjiri kawasan berkenaan malam tadi bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.


KUALA LUMPUR – Gara-gara berang rakan mereka ditahan pihak polis berikutan dituduh mencuri sebuah telefon bimbit jenis Lenovo S860, sekumpulan lelaki bertindak memecahkan barang serta memukul penjual telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Low Yat, Jalan Imbi di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 7.50 malam itu, tujuh lelaki tersebut datang ke premis berkenaan dan melakukan provokasi hingga tercetus pergaduhan di antara mereka dengan penjual te­lefon bimbit premis itu.
Menurut penjual telefon bimbit yang ingin dikenali sebagai See, 28, suspek bersama seorang rakannya datang ke premis terbabit untuk membeli sebuah te­lefon bimbit Lenovo S860 kira-kira pukul 4.45 petang kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, ketika dia sedang mencari barang pemberian percuma yang akan diberi sekiranya suspek membeli telefon itu, lelaki ber­kenaan tiba-tiba melarikan diri bersama telefon bimbit tersebut.
“Saya kemudian menje­rit dan mengejar suspek, namun terjatuh sebelum penjual berhampiran berjaya mencekup suspek. Selepas itu rakannya mendakwa, dia tidak tahu suspek mencuri dan minta dibebaskan.
“Sebaik mendengar penjelasan itu, suspek dise­rahkan kepada pihak polis manakala rakannya pula dilepaskan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Plaza Low Yat semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0713&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3fibZ23Qg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment