Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Abd. Rahim Abdullah berkata, perintah terhadap wanita yang masih ditahan reman di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) itu dikeluarkan oleh Majistret Rohana Ismail.
“Tempoh sambung reman terhadap wanita itu adalah sehingga 15 Julai ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Utusan Malaysia pada minggu lalu melaporkan seorang wanita berusia 31 tahun bertindak kejam apabila sanggup mengerat bayi yang dilahirkan sebelum membuangnya ke dalam lubang tandas rumah datuknya di kampung tersebut.
Bayi itu dipercayai telah dilahirkan kira-kira pukul 1 petang Isnin lalu dalam keadaan berdiri oleh suspek di dalam tandas rumah berkenaan.