Search This Blog

Tuesday, July 7, 2015

Pengebom Russia terhempas, 2 juruterbang maut

Moscow: Kementerian Pertahanan Russia mengesahkan sebuah pesawat pengebom negara itu terhempas ketika latihan menyebabkan kedua-dua juruterbangnya terbunuh.
Kenyataan kementerian itu menyatakan pesawat pengebom Su-24 itu terhempas ketika berlepas dari lapangan terbang di Khabarovsk, timur Russia dan punca nahas belum diketahui.
Nahas itu ialah yang kelima membabitkan pesawat tentera Russia sejak sebulan lalu tetapi kemalangan hari ini yang pertama menyebabkan kematian.
Jumaat lalu, pesawat penggempur MiG-29 terhempas di selatan Russia tetapi juruterbangnya berjaya melenting keluar dan bulan lalu, sebuah lagi MiG-29 terhempas di selatan negara itu. Selain itu, pesawat pengebom Su-34 serta Tu-95 terbabas dari landasan. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 10:36 PM


Pesawat pengebom Su-24 (gambar fail). - Foto survincity.com
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62477#sthash.T9isZHVY.dpuf

No comments:

Post a Comment