Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Pemandu selamat kereta masuk sungai

 Oleh Azma Razana Johari

am@hmetro.com.my


Nibong Tebal: Lelaki berusia 30-an terselamat selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam sungai di Sungai Bakap, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 4 pagi tadi mangsa dikatakan memandu seorang diri sebelum keretanya hilang kawalan dan terjunam ke dalam sungai berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.10 pagi sebelum jentera dari Sungai Bakap tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.

Beliau berkata, pemandu kereta berkenaan ditemui di tebing sungai hampir 20 meter dari kereta kira-kira sejam kemudian dan mengalami kecederaan di pinggang serta hipertermia.

Menurutnya, mangsa diberi rawatan kecemasan di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada ambulans untuk dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2015 @ 9:45 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64025#sthash.ATNIbZKl.dpuf

No comments:

Post a Comment