Search This Blog

Tuesday, July 7, 2015

Pemain bola sepak Sabah parah dalam kemalangan



ANGGOTA bomba mengeluarkan Md. Rozami dan Awangku Mohd. Farris dari kenderaan mereka yang remuk dekat SJKC Shan Tao, Likas, Kota Kinabalu semalam.


KOTA KINABALU – Bekas penyerang muda skuad bola sepak kebangsaan yang sekarang bermain untuk pasukan Sabah, Md. Rozaimi Abd. Rahman, 23, cedera parah manakala anak saudaranya meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 3.5 Jalan Tuaran di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1 petang itu, kereta Honda Civic yang dipandu anak saudara Md. Rozaimi, Awangku Mohd. Farris Mahamud, 21, merempuh pokok, tiang telefon dan tembok sebuah rumah dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shan Tao, Likas di sini.
Awangku Mohd. Farris merupakan bekas pemain skuad bola sepak Piala Presiden Sabah.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, siasatan awal mendapati kenderaan itu dalam perjalanan dari Inanam ke Kota Kinabalu apabila ia hilang kawalan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0707&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3f9X7S1a5 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment