AZMI ABU KASSIM
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, suspek membuat ugutan tersebut berikutan marah dengan mangsa kerana tidak lagi menghubungi dan melayannya melalui aplikasi sosial Wechat.
“Mangsa yang juga berusia 13 tahun dan bersekolah di Kelana Jaya berkenalan dengan suspek empat bulan yang lalu menerusi Wechat.
“Bagaimanapun, pada Mei lalu, suspek ada memintanya untuk menghantar gambar lucah dan video lucah, selain turut memaksa mangsa melakukan onani. Sejak kejadian itu, mangsa tidak lagi menghubungi suspek sehingga dia diugut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Azmi, ekoran ugutan suspek, mangsa yang bimbang keselamatan dirinya mengambil keputusan melaporkan perkara itu kepada polis.
Ujarnya, suspek kemudian ditahan bersama beberapa barangan miliknya iaitu satu unit telefon bimbit jenis Redmi, komputer riba, dua helai baju-T, sehelai seluar pendek serta telefon bimbit Nokia tanpa sim dan bil telefon rumah bagi tujuan siasatan.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah,” ujarnya.