Search This Blog

Sunday, July 12, 2015

Pekerja di Plaza Low Yat dipukul dalam pergelutan


Satu pergelutan berlaku di sebuah kedai telefon pintar di Plaza Low Yat selepas sekumpulan pemuda bergaduh dengan pekedai di situ petang semalam.

Gambar-gambar dan video pergelutan yang berlaku di tingkat bawah di kompleks yang menjual peralatan elektroteknik itu telah tersebar meluas di dalam media sosial.

Dalam laporan New Strait Times Online melaporkan seramai tujuh pemuda mengamuk selepas seorang rakan mereka ditahan kerana didakwa mencuri telefon bimbit.

Dalam kejadian 7.50 malam itu kelihatan beberapa pekerja kedai telefon telah dipukul oleh kumpulan pemuda itu. Turut dirosakkan banyak produk dan peralatan di kedai itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata polis telah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun kerana merusuh dan masih memburu yang lain.

“Siasatan awal dapati kejadian ini berpunca ekoran penahanan suspek pencuri oleh pengawal keselamatan Plaza Lowyat dan kemudiannya menyerakannya kepada pihak polis.

“Rakan suspek kecewa dengan penahanan itu dan memanggil kawan-kawannya untuk membalas dendan,"kata beliau seperti yang dilaporkan akhbar itu.

Zainuddin menganggarkan kerosakan sekitar RM70,000.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan menyebabkan kerosakan.

Bagaimanapun cerita di Internet, insiden itu digambarkan dengan cara berbeza.

Beberapa blog menulis bahawa 'pencuri' sebenarnya ditipu oleh peruncit semasa membeli telefon dari sebuah kedai di sana.

Lelaki itu kemudiannya kembali dengan kawan-kawannya dan menuntut pampasan penuh sebelum menyerang premis itu.

No comments:

Post a Comment