Search This Blog

Sunday, July 12, 2015

Nak pergi berbuka, bas terbakar

Bas persiaran membawa 24 penumpang terbakar 3.15 petang tadi. FOTO ihsan bomba
Seremban: Seramai 24 orang yang dalam perjalanan menghadiri majlis berbuka puasa di Johor berdepan detik mencemaskan apabila bas persiaran dinaiki mereka terbakar, petang tadi.
Dalam kejadian 3.15 petang itu, bas yang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Johor secara tiba-tiba berasap sebelum berhenti di tepi jalan di Kilometer 264 Lebuhray PLUS arah selatan, berhampiran plaza tol Seremban.
Difahamkan, cemas dengan keadaan itu, pemandu bas meminta semua penumpang masing-masing 17 lelaki dan tujuh wanita turun menyelamatkan diri.
Penolong Penguasa Bomba Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.57 petang dan tiba di lokasi 22 minit kemudian.
"Sebaik tiba, kita mendapati bas persiaran terbabit sedang terbakar dan tiada mangsa yang terperangkap.
Bas itu musnah 100 peratus dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 6:03 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63707#sthash.OppBhSHD.dpuf

No comments:

Post a Comment