Search This Blog

Sunday, July 12, 2015

Musibah tengah jalan

KEADAAN bas persiaran yang terbakar di Kilometer 264, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Seremban, petang semalam.
Seremban: Seramai 24 penumpang yang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis berbuka puasa melalui detik cemas apabila bas persiaran yang dinaiki berasap sebelum terbakar di Kilometer 264, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Plaza Tol Seremban, di sini, semalam.
Difahamkan, bas itu membawa sekumpulan penumpang terdiri daripada 17 lelaki dan tujuh wanita dikatakan dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke sebuah universiti di Batu Pahat, Johor bagi menghadiri majlis berbuka puasa.
Bagaimanapun, bas berkenaan secara tiba-tiba berasap di bahagian enjin pada jam 3.15 petang menyebabkan pemandu bas berusia 30-an bertindak memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan mengarahkan semua penumpang turun menyelamatkan diri.
Penolong Penguasa Bomba Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.57 petang dan tiba di lokasi 22 minit kemudian.
“Sebanyak tiga jentera masing-masing dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan satu dari Nilai bersama 16 pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kita mendapati api marak bermula dari bahagian belakang bas persiaran berkenaan dan sudah terbakar hampir 70 peratus. Bagaimanapun, tiada mangsa terperangkap,”katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, semua penumpang sudah keluar dari kenderaan berkenaan sebelum mereka menghubungi bomba.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 5:08 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63827#sthash.nhDP9f13.dpuf

No comments:

Post a Comment