Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Misteri tatu naga

Shah Alam: Mayat lelaki yang ditemui tanpa kepala di dalam longkang di Jalan Sungai Kandis, Seksyen 36, di sini, Rabu lalu adalah warga tempatan berdasarkan kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG).
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, walaupun kaki dan tangan lelaki itu reput kerana dipercayai sudah mati lebih seminggu lalu, namun kesan suntikan BCG itu masih kelihatan.
“Kita masih menyiasat identiti mangsa dan setakat ini dapat mengesan suntikan BCG di lengan mangsa yang mengesahkannya mangsa warga tempatan.
“Selain itu, kita turut meminta rakan atau mereka yang mengenali tatu naga dan berbunga pada lengan lelaki terbabit tampil membantu siasatan,” katanya ditemui pada Majlis Pelancaran Ops Selamat peringkat IPD Shah Alam, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 5:41 AM


MAYAT lelaki bertatu naga dan bunga yang ditemui tanpa kepala di dalam parit di Shah Alam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63677#sthash.maKh9Nxy.dpuf

No comments:

Post a Comment